WAKTU OPERASI DAN KEMUKAKAN DOKUMEN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Dikemaskini pada 18-11-2020 12:58 PM

YBhg Datuk/ Dato'/Tuan/Puan,

Untuk makluman, selaras dengan langkah kerajaan yang pro-aktif dan responsif ini, Kaunter Pusat Setempat (OSC) Perbadanan Putrajaya akan MENERIMA DAN MEMPROSES permohonan yang LENGKAP termasuk bayaran ( https://osc.ppj.gov.my/announcement/25 ) untuk  proses seterusnya. Permohonan kelulusan pelan melalui sistem atas talian (https://osc.ppj.gov.my/) secara sepenuhnya (tanpa hardcopy). Walaubagaimanapun, hardcopy perlu dikemukakan di Kaunter Pusat Setempat (OSC) selepas tamat PKPB.

Perbincangan dan mesyuarat bersama teknikal dalaman PPj dan luaran turut akan dilaksanakan secara atas talian berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa.

Sepanjang tempoh PKPB waktu operasi Kaunter Pusat Setempat (OSC) adalah seperti berikut:

Isnin- Khamis     : 8.30 pagi hingga 3.00 petang

Jumaat              : 8.30 pagi- 12.00 tengahari

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Khidmat Pusat Setempat (OSC) ( https://osc.ppj.gov.my/announcement/3 ).

Sekian, terima kasih.