HEBAHAN: SENARAI PELUKIS PELAN BERDAFTAR DAN FIRMA ARKITEK (PSP) BAGI URUSAN PERMOHONAN PELAN BANGUNAN

Dikemaskini pada 27-01-2026 10:06 AM

Untuk makluman para pemohon dan pemaju di Wilayah Persekutuan Putrajaya, setiap permohonan pelan bangunan yang dikemukakan melalui sistem OSC 4.0 hendaklah disediakan oleh Orang Utama Yang Mengemukakan (Principal Submitting Person - PSP) yang sah dan berdaftar dengan Lembaga Akitek Malaysia (LAM).

1. Pelukis Pelan Berdaftar

Bagi projek bangunan yang memenuhi kriteria had kelayakan yang ditetapkan oleh LAM, pemohon boleh melantik Pelukis Pelan Berdaftar berikut:

  • GARIS ANGGUN SOLUTIONS (Rohaya Ghazali) – Reg. BD/R8

  • NOKMAN BIN MUSTAFFA – Reg. BD/A21

  • SENI REKA AKBAR (YBhg. Dato' Hj. Mohamad Akbar bin Hj. Abu Bakar) – Reg. BD/M64

Had Kelayakan Pelukis Pelan Berdaftar:

  • Keluasan bangunan tidak melebihi 300 meter persegi.

  • Ketinggian bangunan tidak melebihi dua (2) tingkat.

  • Tidak melibatkan struktur konkrit bertulang atau rangka keluli binaan (kecuali lintol yang tidak melebihi 2.5 meter).

2. Semakan Firma Arkitek (PSP) Terkini

Bagi permohonan yang di luar had kelayakan Pelukis Pelan, pemohon perlu melantik Firma Arkitek berdaftar. Sila rujuk pautan rasmi LAM berikut untuk semakan status pendaftaran terkini mengikut kategori perniagaan:

Nota Penting

Sebarang pelantikan perunding hendaklah memastikan skop kerja mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Akitek Malaysia (LAM) bagi menjamin keselamatan dan kualiti binaan.