Ubahsuai Kediaman

Pegawai Bertanggungjawab
# Nama Emel No. Telefon
1 MUNTAHA BIN TASARIB muntaha.tasarib@ppj.gov.my 03-8887 7521 / 012-261 5261
2 AIDAWATI BINTI SULAIMAN aidawati@ppj.gov.my 03-8887 7000 (samb. 8091) / 019-231 4930
3 MOHD BAZLAN BIN CHE ROSLIN bazlan@ppj.gov.my 03-8887 7630
4 FARDIYAH BINTI AMIR ALI fardiyah@ppj.gov.my 03-8887 7000 (samb. 8091)
5 MD. FUAD BIN JAMALUDDIN mdfuad@ppj.gov.my 03-8887 7528 / 019-231 4681

Pautan ke halaman direktori Agensi Teknikal Luar

Senarai Dokumen Yang Diperlukan
# Keterangan Standard Nama Fail
1 Surat permohonan oleh Orang Utama Yang Mengemukakan (PSP)
Nyatakan dengan jelas tujuan pengubahsuaian, ruang dan struktur yang terlibat, bil. unit dll.
Rujuk contoh yang dilampirkan.
UB_SURAT_PSP.PDF
2 Surat lantikan perunding bagi setiap khidmat perunding PSP dan SP yang mengemukakan permohonan (Arkitek, Jurutera Profesional Dengan Perakuan Amalan). UB_SURAT_LANTIKAN_PSP.PDF
3 Salinan Sijil Pendaftaran PSP terkini Lembaga Arkitek Malaysia UB_LAM.PDF
4 Salinan Sijil Pendaftaran SP terkini Lembaga Jurutera Malaysia. (JIKA BERKAITAN). UB_LJM.PDF
5 Borang A-Perakuan Pelan Bangunan oleh PSP.
(Sila pastikan tarikh terkini, potong mana yang tidak berkenaan untuk tajuk, ruj. contoh standard jadual lukisan & no.lukisan pengemukaan pelan)
UB_BORANG_A_PSP.PDF
6 Borang A-Perakuan Pelan Struktur oleh SP (Jurutera Profesional dengan Perakuan Amalan). (JIKA BERKAITAN). (Sila pastikan Tarikh terkini, potong mana yang tidak berkenaan untuk tajuk, ruj. Contoh standard jadual lukisan & no.lukisan pengemukaan pelan) UB_BORANG_A_SP.PDF
7 Pelan dan Kiraan Struktur diperakui oleh Jurutera Profesional dengan Perakuan Amalan di setiap helaian. (JIKA MELIBATKAN PERUNTUHAN DAN PEMBINAAN STRUKTUR KONKRIT BERTETULANG). UB_STRUKTUR_*.PDF
8 Salinan MyKad Pemilik/Penyewa Berdaftar. (diakui sah) UB_IC.PDF
9 Salinan resit pembayaran cukai taksiran terkini (yang telah dijelaskan) UB_CUKAITAKSIRAN.PDF
10 Salinan resit pembayaran cukai tanah terkini (yang telah dijelaskan) UB_CUKAITANAH.PDF
11 Gambar terkini tapak. (gambar menunjukkan keadaan semasa tapak dan bertarikh tidak lebih daripada 4 hari dari Tarikh permohonan). UB_GAMBAR.PDF
12 Surat Tiada halangan daripada Pemilik jika premis disewa UB_KEBENARANPEMILIK.PDF
13 Surat kelulusan Kebenaran Merancang Tempoh Terhad (KMTT) yang sah laku dari Jabatan Perancangan Bandar, PPj (penggunaan premis kediaman sebagai Taska/Tadika, Pusat Jagaan Warga Emas, Pusat Pembelajaran dsbnya); (JIKA BERKAITAN). UB_KMTT.PDF
14 Salinan Perjanjian Jual-Beli (S&P) (mengandungi maklumat pemilikan dan pelan premis) UB_S&P.PDF
15 Surat sokongan (wajib) daripada Jiran Bersebelahan (kiri, kanan dan belakang) sekiranya skop kerja pengubahsuaian melibatkan kerja perobohan dan konkrit tetulang samada di luar atau di dalam bangunan. Rujuk contoh yang dilampirkan UB_JIRAN.PDF
16 Jadual pengiraan fi UB_KIRAANFI.PDF
17 Satu (1) Salinan Pelan Digital dalam format PDF yang LENGKAP.
Keperluan Am;
a. Tajuk Permohonan, Tandatangan, cop dan alamat pemilik dan PSP pada setiap helaian;
b. Perakuan PSP/SP, tandatangan, alamat dan cop LAM/LJM pada setiap helaian pelan (rujukan kepada UKBS Selangor 1986);
c. Warnakan mengikut format warna kelulusan Ubahsuai – MERAH/BIRU.
UB_PELAN_*.PDF
18 Pelan 3D (ubahsuai luaran) beserta skema warna cat yang dicadangkan. PELAN_3D.PDF
19 Lain-lain dokumen dikehendaki/disyaratkan
(cth : Surat Sokongan Agensi/lain-lain)
LAIN_SOKONGAN_*.PDF
20 Lain-lain dokumen dikehendaki/disyaratkan
(cth : Dokumen Pematuhan Arahan Bertulis)
LAIN_WD_*.PDF
21 Lain-lain dokumen dikehendaki/disyaratkan
(cth : Pelan format PDF untuk Pengemukaan Pelan Akhir)
LAIN_FE_*.PDF

Sila hubungi pihak OSC Perbadanan Putrajaya bagi sebarang pertanyaan.