CADANGAN PEMAJUAN BAGI RUMAH SESEBUAH

Dikemaskini pada 19-01-2023 10:24 AM

Merujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pusat Setempat (JKT OSC) Bil. 15/2018 pada 1 Ogos 2018, diputuskan bahawa sebarang cadangan pembangunan bagi Rumah Sesebuah / Banglo tidak lagi perlu mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan bermula pada 1 Ogos 2018. Permohonan Serentak bagi cadangan pembangunan Rumah Sesebuah hanya akan melibatkan permohonan-permohonan sepertimana berikut:

  1. Permohonan Kelulusan Mendirikan Bangunan
  2. Permohonan Kelulusan Pelan Kerja Tanah serta Jalan dan Perparitan
  3. Permohonan Kelulusan Permit Sementara

Kerjasama dan perhatian pasukan perunding amatlah dihargai bagi perakuan kelulusan.

Sekian, untuk makluman