PENGEMUKAAN SALINAN SIJIL PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC) SECARA ATAS TALIAN (BORANG F/F1 DAN BORANG-BORANG G1-G21)

Dikemaskini pada 24-01-2022 9:38 PM

Tuan/Puan

Sebagaimana maklum, Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) telah mengeluarkan Pekeliling Am Bil. 1/2016 bertarikh 1 April 2016. Pekeliling tersebut adalah berkaitan Pengemukaan Salinan Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC) Secara Atas Talian (Borang F/F1 Dan Borang-Borang G1-G21) sebagaimana LAMPIRAN.

Pekeliling ini menekankan keperluan sebagaimana berikut :

  • Salinan borang-borang perlu dikemukakan kepada Lembaga dalam tempoh 14 hari
  • Perunding perlu membuat imbasan ke dalam format PDF secara atas talian dengan mendaftar masuk ke Laman Sesawang di www.lam.gov.my sebelum membuat pengemukaan ‘online’ di Sistem OSC 3.0 PPj.

Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.