PENGEMUKAAN PERMOHONAN KELULUSAN PELAN DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Dikemaskini pada 17-04-2020 6:14 PM

YBhg Datuk/ Dato'/Tuan/Puan,

Perbadanan Putrajaya merujuk kepada senarai sektor yang dibenarkan beroperasi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bertarikh 10 April 2020 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) .

Selaras dengan langkah kerajaan yang pro-aktif dan responsif ini, Kaunter Pusat Setempat (OSC) Perbadanan Putrajaya akan MENERIMA DAN MEMPROSES permohonan kelulusan pelan melalui sistem atas talian (Sistem OSC 3.0 PPj) secara sepenuhnya (tanpa hardcopy).

Perbincangan dan mesyuarat bersama teknikal dalaman PPj dan luaran turut akan dilaksanakan secara atas talian (aplikasi Cisco Webex Meeting) berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Urus Setia OSC seperti berikut: 

  • Cik Putri Amilia binti Kamaruzali (Ketua Unit) - 01110408669
  • Pn. Sharizan binti Salleh - 0102368158
  • Pn. Zuraini binti Abdullah Halim - 0179577825          
  • En. Muhammad Helmi bin Ramli  - 0125991343     
  • Cik Nuraihan Khalida binti Affandi - 018225 1090
  • En. Che Ku Hafizzudin binti Che Ku Teh - 0145060314

Sekian.