PERMOHONAN UBAH SUAI/PERMIT KERJA-KERJA KECIL TANPA HARDCOPY & 100% ONLINE SUBMISSION

Dikemaskini pada 23-07-2021 9:43 AM

 

Mulai 1 Oktober 2020, permohonan bagi Kelulusan Kerja-Kerja Kecil dan Ubah Suai serta Permohonan Permit Kerja-Kerja Kecil dan Ubah Suai di Wilayah Persekutuan Putrajaya boleh dilakukan sepenuhnya secara atas talian (100% fully online submission) tanpa perlu mengemukakan pelan/dokumen hardcopy ke kaunter.

Permohonan boleh dibuat di laman web rasmi Sistem OSC 3.0 PPj iaitu https://osc.ppj.gov.my dan kelulusan permohonan akan diperolehi dalam tempoh 3 hari kalendar.

Sangat mudah, cepat, selamat dan boleh dibuat di mana-mana sahaja ! Easy, Anytime & Anywhere !

Sebarang pertanyaan, maklumat senarai semak permohonan dan pegawai bertanggungjawab boleh didapati di laman web Sistem OSC 3.0 PPj.