PERMOHONAN PERMIT SEMENTARA (TELEKOMUNIKASI) TANPA HARDCOPY & 100% ONLINE SUBMISSION

Dikemaskini pada 07-04-2022 1:40 PM

Mulai 17 November 2021, permohonan bagi Kelulusan Permit Sementara (Telekomunikasi) di Wilayah Persekutuan Putrajaya boleh dilakukan sepenuhnya secara atas talian (100% fully online submission) tanpa perlu mengemukakan pelan/dokumen hardcopy ke kaunter. Permohonan boleh dibuat di laman web rasmi Sistem OSC 3.0 PPj iaitu https://osc.ppj.gov.my. Sangat mudah, cepat, selamat dan boleh dibuat di mana-mana sahaja ! Easy, Anytime & Anywhere ! Sebarang pertanyaan, maklumat senarai semak permohonan dan pegawai bertanggungjawab boleh didapati di laman web Sistem OSC 3.0 PPj.