BELANGKASUWA ALMARHUM LAr/RBD TN. HJ. ZAINUDDIN BIN HJ. YA

Dikemaskini pada 10-03-2021 9:47 AM

Dukacita dimaklumkan, Pelukis Pelan Berdaftar bagi kawasan Putrajaya, Almarhum LAr/RBD Tn. Hj. Zainuddin bin Hj. Ya, Zainuddin Design, telah kembali ke rahmatullah pada 14 Februari 2021 (Khamis).

Seluruh Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Perbadanan Putrajaya merakamkan salam takziah buat seisi keluarga arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di golongan orang-orang beriman. 

MAKLUMAN PENTING :

Pemohon perlu melantik Orang Utama Yang Mengemukakan (PSP) yang baharu bagi semua pembangunan yang melibatkan Zainuddin Design yang masih belum diluluskan dan yang masih belum memperolehi Perakuan Siap dan Pematuhan selaras dengan kehendak undang-undang kecil 7(3), Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Selangor) 1986.

Kerja-kerja di tapak tidak boleh dimulakan atau diteruskan sehingga orang berkelayakkan lain dilantik untuk mengambil alih.