JEMPUTAN KHAS KEPADA PEMANGKU KEPENTINGAN INDUSTRI PEMBINAAN (PEMAJU, PERUNDING & KONTRAKTOR) KE BOOTH OSC 4.0 PERBADANAN PUTRAJAYA

Dikemaskini pada 26-01-2026 4:47 PM

Bersempena dengan Hari Terbuka Putrajaya (POD) 2026, Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan sukacitanya menjemput semua rakan strategik industri termasuk Pemaju, Perunding (Arkitek/Jurutera/Pelukis Pelan), Kontraktor, dan pemilik hartanah untuk mengunjungi booth perkhidmatan kami.

Inilah peluang terbaik bagi para profesional industri untuk mendapatkan konsultasi secara langsung mengenai urusan permohonan pembangunan di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Butiran Kehadiran:

  • Tarikh: 29 Januari hingga 1 Februari 2026.

  • Masa: 10.00 Pagi – 10.00 Malam (Khamis – Sabtu) | 10.00 Pagi – 5.00 Petang (Ahad).

  • Lokasi: Booth Jabatan Kawalan Bangunan / OSC, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3.

Kenapa Anda Perlu Hadir ke Booth Kami?

  • Khidmat Nasihat Teknikal: Sesi konsultasi bersemuka mengenai prosedur permohonan pelan melalui sistem OSC 4.0.

  • Semakan Status Permohonan: Pemudah cara bagi semakan status projek semasa di bawah seliaan PPj.

  • Senarai Perunding Berdaftar: Maklumat terkini mengenai Pelukis Pelan Berdaftar dan firma Arkitek (PSP) yang sah.

  • Sesi Libat Urus: Platform untuk memberikan maklum balas dan cadangan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan pembangunan.

Sertailah kami dalam memperkasakan pembangunan Putrajaya yang mampan dan terancang.